top of page

Falsafah Slavoj Žižek tentang ideologi dan jerat ideologi yang memandulkan pemikiran.




Sebelum kita pergi lebih jauh untuk mendalami salah satu daripada falsafah Slavoj Žižek ini.

Kita perlu memahami apa yang dimaksudkan sebagai ideologi ?


Ideologi boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk atau pola pemikiran berkenaan suatu-suatu perkara dalam kehidupan.


Menurut Slavoj Žižek, realiti kita terdiri daripada ideologi yang kolektif. Slavoj Zizek dalam falsafahnya ada menghuraikan pandangan beliau secara mendalam tentang bagaimana ideologi terbentuk dan bagaimana untuk kita tidak terjerat dalam perangkap ideologi yang memandulkan pemikiran kita.


Jadi pertama kita perlu faham bagaimana sesuatu bentuk “worldview” atau ideologi itu terbentuk dalam suatu-suatu individu. Bagaimana daripada bayi yang tidak mengetahui apa-apa boleh membentuk suatu pendirian tentang sesuatu perkara dalam kehidupannya.

Ramai percaya yang persepsi dan pandangan kita terhadap sesuatu terbentuk ketika kita membesar dan mematangkan diri sendiri


Semasa kita membesar, kita dicaknakan dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, peristiwa dan pengalaman yang membentuk suatu bentuk pemikiran kita terhadap sesuatu. Tetapi bagi Žižek, proses ini terbentuk melalui pengenalan kita kepada tanda-tanda atau simbol-simbol suatu ideologi itu yang terdapat dalam dunia disekeliling kita.


Dari kecil kita didedahkan dengan pelbagai simbol-simbol sesuatu ideologi itu yang akhir sekali membuatkan kita menerima simbol-simbol tersebut sebagai sebahagian daripada pendirian kita. Mungkin ada yang akan persoalkan, simbol yang bagaimana yang cuba dimaksudkan oleh Žižek ini ?


Bagi Žižek, tanpa kita sedar dalam segala bentuk perbuatan, percakapan dan pemikiran kita hari ini kita meluahkan dan memaparkan simbol-simbol atau tanda-tanda ideologi dan pemahaman kita dalam suatu-suatu isu. Dalam erti kata lain, dalam setiap apa yang tersurat di mata kita akan ada makna tersirat disebaliknya. Makna yang tersirat itulah ideologi dan pemikiran yang memandu tindakan, percakapan atau idea kita itu sendiri.


Contoh mudah :


Bagi orang Melayu, adat untuk bersalam tangan kedua orang-tua mereka telah menjadi kelaziman sebelum memulakan perjalanan - Bagi orang Melayu adat tersebut dilakukan sebagai tanda hormat dan memohon kerestuan kerana mungkin dengan resti ini ditentukan keselamatan kita kelak.


Kepercayaan kita bahawa restu ini menentukan keselamatan kita inilah salah satu contoh ideologi yang kita dibuat untuk percaya. Walhal kalau kita berfikir secara logik apa pun terjadi dalam perjalanan kita bukan orang tua kita yang menentukannya, bukan ?


Dalam contoh yang berbeza dan lebih praktikal, ketika mendengar perbincangan antara dua individu yang berbeza pendapat tentang sesuatu isu misalnya. Dalam setiap tutur kata mereka itu terpancar ideologi yang dipercayai mereka.


Contoh mungkin berkenaan kiblat Malaysia, sama ada sebagai sebuah Negara Islam atau Negara Sekular ?


Bagi penyokong prinsip Negara Islam, hujah mereka boleh menyebut :

sebab majoriti rakyat Malaysia ini Islam, so kalau ikut prinsip demokrasi - majority rules, tak salah untuk kita menjadi negara Islam yang mengamalkan cara hidup dan pemerintahan yang dipandu oleh Islam sebab in the end orang Islam itu majority isn’t it ?

Hujah sebegini jelas mempamerkan kepercayaan mereka kepada konsep “majority rules”. Bagi mereka kelompok majoriti ada hak untuk membuat keputusan kerana kelompok majoriti ini ada kekuatan dari segi jumlah orang yang menyokong mereka dalam sebarang bentuk keputusan tersebut. Maka, kekuatan ini dianggap dapat mengabsahkan apa pun keputusan itu kerana dipercayai menggambarkan kehendak dan keinginan kelompok majoriti.


Jadi bagi pihak yang penyokong Negara Sekular mereka berhujah :

walaupun majority rules in democracy, minority has rights ! contohnya hak untuk mengamalkan agama masing-masing. So dengan cara kita asingkan agama dengan pemerintahan sahajala kita dapat pastikan orang beragama yang majoriti tak boleh memaksa orang minoriti percaya/amalkan apa yang mereka percaya since kepercayaan/amalan agama itukan hak masing-masing ?

Hujah ini datang daripada kepercayaan yang kukuh berkenaan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan mutlak yang bagi mereka perlu datang bersama untuk mengadakan sistem demokrasi yang sihat. Sistem demokrasi tanpa pengasingan agama dan pemerintahan tidak akan dapat menjamin hak minoriti akan cara hidup mereka, kerana golongan majoriti akan sentiasa ada kuasa untuk melakukan sesuatu yang boleh menganggu cara hidup golongan minoriti.


Inilah contoh bagi Žižek bagaimana kepercayaan atau ideologi menyerap masuk dalam perbincangan harian kita yang menggambarkan rupa bentuk pemikiran kita. Tambah Žižek dalam keadaan sebegini kita tidak boleh terperangkap dalam perangkap ideologi.


Perangkap ideologi menyempitkan cara kita berfikir dan menghalang kita daripada berfikir lebih kritis dan sebaliknya hanya fokus kepada mencari kontradiksi pihak lawan berbanding jalan tengah yang akan mencapai keputusan menang-menang untuk semua.


Sebagai contoh dalam perbincangan tadi :


Mendengar hujah kelompok Sekularis, pihak Islamis ini boleh membalas dengan sama ada hujah :


(a)

sebab itu kita kena gunakan majority rules ini untuk tunjukkan keindahan islam konsep dan falsafah islam dalam pemerintahan contohnya dalam sifat ihsan, keadilan, dan rahmah. Semua ini diajarkan dalam Islam kepada masyarakat secara keseluruhannya yang in the end dia baik je kepada masyarakat mana ada menindas mana-mana pihak pun ?

atau

(b)

Itukan hak orang majoriti so apa salahnya ? sama juga dalam banyak isu-isu lain contohnya kalau majoriti setuju hukuman mencuri penjara 12 tahun adalah setimpal, takkan lah kita nak pertimbangkan juga mungkin suara-suara minoriti yang mungkin kata mencuri ni tak perlu penjara pun mungkin perlu kem pemulihan je - kalau semua nak pertimbangkan macam mana dan bila kita nak buat keputusan ?

Situasi sama terpakai kepada kelompok sekularis tadi.


Apabila mungkin dibalas kelompok Islamis ini dengan hujah “keindahan islam” sebentar tadi, kelompok sekularis boleh membalas sama ada :


(a)

Mengapa tidak keindahan agama lain juga kita juga cuba incorporate dalam pemerintahan dan bukan keindahan Islam semata-mata bukankah itu lebih baik dan inklusif ? Ini tak bermakna kita percaya kepada apa yang mereka percaya cuma kita belajar daripada each other, nilai-nilai yang baik kita ambil untuk bina negara ini

atau

(b)

Apa jaminan keindahan ini semua tak datang dengan risiko diskriminasi kepada cara hidup orang yang bukan Islam ? macam kita amik contoh, mungkin bagi islam itu indah untuk tak minum arak dan sebagainya tapi macam mana pula dengan mereka yang budaya mereka meraikan sesuatu tu dengan alkohol, kita tak boleh terus assume mereka ni tak akan berhemah dalam meminum alkohol ?

Dalam kedua-dua jawapan oleh kedua-dua belah pihak kita boleh lihat ada dua versi respon yang boleh diberi, sama ada (a) jawapan yang tidak menafikan fakta pihak lawan dan mencari penyelesaian yang boleh menang-menang.

berbanding jawapan (b) yang cuba untuk mempersoal dan mencari kontradiksi dalam argumen pihak lawan semata-mata


Inilah apa yang dimaksudkan oleh Žižek sebagai perangkap ideologi. Ideologi menyebabkan kita selalu terperangkap dalam membuat keputusan. Berbanding mencari penyelesaian bersama, ideologi menyempitkan pemikiran kita untuk hanya mempertahankan apa yang kita percaya benar tanpa cuba menerima apa yang dibawakan oleh orang lain.


Žižek tidak berminat untuk menyokong pada mana-mana ideologi pun di sini. Namun bagi Žižek, kita perlu cuba untuk “go above our discussion” dan lihat bagaimana cara kita membahaskan ideologi kita itu sendiri.


Sebab realitinya semua idelogi akan ada kelemahan masing-masing. Sebab itulah realiti. Realiti kita adalah ideologi kita. Saling tidak lengkap. Namun bagaimana kita menguruskan kelemahan ini yang kadang-kala bermasalah. Sebab itu kata beliau,


What if the way we perceive the problem, is already part of the problem ?

Inilah yang membuatkan Žižek antara ahli falsafah yang terkenal di dunia malah disifatkan sebagai ahli falsafah yang paling berbahaya dalam dunia barat oleh Majalah Vice.


Žižek hendak mengajak kita untuk memperbaiki cara kita berfikir secara kritikal supaya kita boleh berfikir dengan lebih kritikal. Supaya kita tidak terperangkap dengan ideologi kita yang ada kecenderungan untuk menyempitkan cara kita berfikir.


Sumbangan yang nampak kecil ini sebenarnya besar maknanya jika kita boleh mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian kita. Kerana cuba bayangkan berapa kali dalam hidup kita, kita tidak sependapat tentang sesuatu kemudian kita tidak mampu mencapai kata putus ?


Lantaran itu, cuba kita bermuhasabah dan menganalisis adakah ini ada sebabnya dan peranannya oleh cara kita berfikir yang lebih banyak mencari kontradiksi dalam pemikiran orang lain berbanding penyelesaian ?


Barangkali sebelum kita bertindak apabila mendengar pandangan berbeza dengan kita, sejauh mana tindakan kita tu nanti dipengaruhi oleh keinginan kita untuk mempertahankan kepercayaan kita seolah-olah kebenaran tu terletak kepada kepercayaan kita itu sahaja ?


Di akhirnya siapa pun sebenarnya yang berhak menentukan apa yang benar dan apa yang tidak benar ?


Adakah oleh firasat entiti yang tinggal di-arasy sana ? ego menggunung terbit dari emosi seorang manusia ? atau penaakulan logik dibina daripada pemikiran kritis seorang insan ?


- Pun begitu sayangnya dalam lipatan sejarah manusia, kebenaran biasanya ditentukan oleh ego berbanding logik.



Apa-apapun penulisan ini terinspirasi daripada siri podcast : Philosophise This !. Beberapa isi kandungannya diterjemahkan dan diolah sesuai untuk pembaca Bahasa Melayu bagi meluaskan lagi capaian ilmu falsafah kepada masyarakat Malaysia.

41 views0 comments

Recent Posts

See All

Talking to my christian therapist finds me Islam

During my therapy session, as it neared its end, my Christian therapist and I discussed ways to overcome the turmoil in my mind. Though I come from a different faith background, my therapist suggested

bottom of page